TIPS SERVIS KENDERAAN

Masalah kereta kurang pick up ni agak general dan banyak puncanya.. Kalau kereta standard korang kurang pick up atau lembab atau terasa berat… Secara kebiasaannya, ini antara puncanya…

1. Minyak petrol yang digunakantidak sesuai dengan enjin, Jadi ini bermaksud tak semua kereta boleh pakai RON 95. Cek kat penutup minyak korang atau buku manual kereta untuk tengok tahap minimum RON yang korang boleh pakai.

2. Mungkin semasa kita membuat penukaran minyak hitam enjin kereta terlalu banyak (bubuh banyak sampai lepas tahap maksima), atau minyak hitam enjin kereta kurang sesuai (terlampau pekat).

3. Cuba periksa spark plug jika sudah lama. Berkemungkinan juga apinya kurang dan boleh menyebabkan pembakaran kurang efisyien power enjin kurang atau mungkin masalah pada plug cable . Ini juga boleh jadi punca bekalan spark kurang.

4. Cuba periksa air filter kereta korang.. Kalau air filter dah kotor boleh menyebabkan bekalan udara pada enjin masuk tidak banyak.

5. Bagi kereta yang guna carburetor, especially kereta lama. Rasanya elok buat servis dan cuba cuci carburetor… Maybe sudah tersumbat dan berkeladak kotor banyak enapan carbon… Kaburetor yang dipasang pada enjin kereta mempunyai satu alat yang dipanggil “acceleration pump” yang berfungsi untuk menambah aliran minyak masuk ke ruang pembakaran enjin dan meningkatkan kuasa dengan dengan pantas seperti ketika memecut untuk memotong kereta lain. Jika kereta terasa lembab biasanya alat inilah yang bermasalah.

6. Kalau kereta mengunakan fuel injection, kebiasaannya injektor tersumbat. Ini juga boleh mengurangkan kecekapan enjin.. Jadi kenalah buat servis bersihkan injector bagi memberikan kelancaran semburan injector lebih baik dan sempurna.

7. Sensor EFI kotor – selalunya boleh diservis saja. sensor EFI yang kotor boleh menyebabkan fungsi EFI kurang cekap. so kena bersihkan.

8. Fuel filter kereta tersumbat. Fuel filter merupakan penapis kotoran dalam bahan petrol (dah tersumbat).. Kalau dah lama tak ganti mungkin juga menyebabkan aliran minyak masuk kurang efisyen.. Mungkin korang tak pernah tukar baru fuel filter korang tu yang dah bertahun tahun.. Kat mana kedudukan fuel filter ni?Sesetengah kereta korang kena cari bawah kereta yang antara tangki minyak yang bersambung dengan pipe petrol.

9. Tuning kereta dah lari.. Kebiasaannya RPM rendah atau tidak stabil, so enjin kene tuning sikit supaya performance kembali seperti sediakala. Buat ignition timing menggunakan lampu strobe light.

10. Clutch plate dah haus, habis dan nipis.. Clutch Plate kalau dah haus, kereta memang lembap sikit. Kalau naik bukit ajer tekan minyak mengaum jer enjin tapi keretanya lembap. atau menghadapi kesukaran masa memotong kereta di hadapan (kereta tak boleh blah)

11. Minyak gear atau minyak ATF kereta sudah kotor dengan kelikatan yang tidak betul menambah beban pada enjin.. Lakukan servis gearbox (jangan lupa ganti filter). Ini bertujuan melembutkan lagi dan memberi perlindungan pada gearbox selain meringankan pergerakkan .

12. Bila ON aircond enjin kereta terasa ‘berat’ walaupun sudah servis aircond kereta anda menjadi berat (pickup lambat). Sekiranya keadaan ini berlaku, buat pelarasan timing enjin semula.

13. Ekzos kereta tersumbat atau bocor.. Seharusnya seluruh sistem perlu diperiksa. Mungkin dah banyak karbon.. Ada 3 barang yang biasa kene tukar, extractor, tabung bullet tengah dan muffler.. Jangan sesuka hati beli asalkan bunyi sedap dan bergaya sebab belum tentu sesuai dengan kekuatan tujahan output enjin.. Dapatkan nasihat pakar2 kedai ekzos untuk performance lebih responsif dan lebih pick-up.

14. Saiz roda atau sportrim terlalu besar. Jika terlalu besar ia akan jadi terlalu berat dan akan memberi kesan kurang pick up.. Sebabnya tayar dah lebar dari biasa, daya geseran tayar dan permukaan jalan pun bertambah, itu puncanya permulaan pecutan kereta kurang pick up.. Tekanan udara tayar yang rendah juga penyebab beban berlebihan atau mungkin juga pejajaran kereta tidak betul.. Walaupun benda ni nampak remeh ini juga menyebabkan kita terasa kereta agak berat ketika memandu.

15. Untuk kereta lembab pick up (underpower) apabila usia dah masuk 7 tahun elok ler buat top overhaul. Simptom-simptom enjin yang memerlukan top overhaul seperti asap putih jelaga atau mungkin juga enjin ada kebocoran gasket.